Taklimat Kdb & Mesyuarat Bersama Taska Permata

4 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan Taklimat KDB bagi kesedaran ibubapa dalam menggunakan media sosial secara berkhemah. Program yang diadakan Di Pusat Internet Tambun Tulang disertai oleh 3 orang peserta dan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengguna media sosial dan ICT yang semakin membangun supaya tidak disalahgunakan. Pendedahan ini penting kepada ibu bapa bagi memantau anak-anak dalam melayari website atau media sosial. Kebaikan dan keburukan juga perlu diketahui. Pendedahan ini bermanfaat untuk melahirkan individu yang berkhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali